Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Menjalankan Tugas..

Salam Sejahtera Buat Semua Pengawas SMKPP...

Pada hari ini, 4.1.2012.. Tr ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai pengawas SMKPP.. Bekerja dengan ikhlas, pikul tanggungjawab dengan jujur.. Jangan sesekali buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.. 

Minggu pertama persekolahan adalah minggu yang paling sibuk kerana minggu ini adik2 kamu di Tingkatan 1 baru je nak menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah.. Di sinilah pengawas2 kena memainkan peranan. Tolong guru dan tolong adik-adik.. Mana yang salah, kita tegur dahulu.. Kalau ada guru yang mahu meminta tolong, sila tolong ye. Jangan busukkan nama baik pengawas. Tetapi kena mention pada guru pengawas juga tau. Nanti guru pengawas kamu tak tahu kemana kamu pergi.
Bagi pengawas yang dah ada tugas masing2, jalankan kerja dan tanggungjawab dengan amanah.. Ingat ye, kamu tidak boleh berhenti sesuka hati. Kalau dilantik di atas pentas, nak berhenti, dibuang pengawas pun di atas pentas juga..

Tahun ini juga Tr harap no more discipline problems among prefects. Please! Tr tidak mahu melihat ada pengawas yang ber'COUPLE'. Sekiranya ada, guru2 pengawas akan segera mengambil tindakan. Kemudian, kekemasan diri perlu dijaga. Kasut serba hitam, jangan ada list merah di tepi kasut. Tudung kena lipat.. Baju kemeja jangan disinsing.. Jangan ada pengawas yang memakai kasut putih.. Rambut dan kuku kena sentiasa pendek. Jangan bawa HANDPHONE atau pegangkan HP kawan semasa spotcheck. Sekiranya ada pengawas yang coverline kawan2 dia, guru2 pengawas akan mengambil tindakan yang paling tegas pada dia. Begitu juga dengan ROKOK. Walaupun di sekolah korang tidak merokok, di luar korang juga akan diperhatikan.. Banyak mato-mato(SPY) di sekeliling sekolah ni. Ingat ye, jika korang kantoi merokok, automatiknya korang tidak lagi menjadi pengawas. Naik pentaslah gamaknya. Walaupun tr bukan lagi guru pengawas, tr masih lagi guru disiplin SMKPP, tr akan pantau keadaan disiplin korang.. Kalau pelajar2 lain 'kena'(ada masalah disiplin), tak mustahil pengawas pun boleh kena.

Sekian, wassalam.

Jumaat, 30 Disember 2011

Sekitar Mesyuarat Agong Pengawas SMKPP kali pertama

Pada 30hb Disember 2011, telah diadakan satu mesyuarat khas Badan Pengawas di Bilik Perdana SMK Puchong Perdana. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cik Laili, Ketua Pengawas SMKPP. Antara guru-guru yang hadir ialah Pn Saayah, Pn Salmiah, Pn Roslinda, Pn Haszah, Pn Hidayah, Pn Nor Asyikin, Pn Nor Zainah. Agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai tugas-tugas pengawas serta hukuman bagi setiap kesalahan pengawas. 










Selepas Solat Jumaat, pengawas-pengawas diminta berkumpul semula kerana ada sedikit jamuan (pot-luck). Sedap-sedap belaka makanan yang dibawa oleh pengawas-pengawas ini. Kemudian acara diteruskan dengan  permainan yang dikelolakan oleh pelajar Tingkatan 5.






















Ahad, 11 Disember 2011

Pengumuman Khas

MEETING & HI-TEA PENGAWAS

I. Kepada semua Pengawas Sesi Petang 2012 satu meeting akan diadakan di sekolah. Oleh itu, Para Pengawas  diwajibkan hadir pada meeeting ini.
II. Maklumat adalah seperti berikut:

 Tarikh: 30/12/2011
 Masa; 8:00 a.m.
 Tempat: di Bilik Mesyuarat (BLOK A tingkat 1)

III. Selepas mesyuarat pengawas selesai satu acara pada petang iaitu HI-TEA pengawas.
IV. Semua pengawas haruslah membawa hadiah kerana ada sesi pertukaran hadiah.

MAKLUMAT PENTING
  • Para pengawas hendaklah membawa baju sukan beserta seluar sukan.(kpd pengawas lelaki yang beragama Islam anda boleh membawa atau memakai terus baju dan seluar sukan dari rumah selepas SOLAT JUMAAT.)
  • Selepas SOLAT JUMAAT pelajar lelaki haruslah kembali ke sekolah semula kerana terdapat satu acara.
  • Para pengawas diminta membawa makanan atau minuman mengikut kemampuan masing-masing. (pastikan HALAL dan BOLEH DI MAKAN oleh semua.
  • Hanya dibenarkan memakai baju sukan bewarna putih atau baju sukan (tidak mahu sebarang corak pada baju)
  • Pada pagi Pengawas akan memakai baju PENGAWAS manakala petang pula BAJU & SELUAR SUKAN.
  • Haruslah memakai baju & seluar sukan kerana ada PERMAINAN  yang telah dirancang.
  • Jgn lupa bawa HADIAH!!
JIKA ADA SEBARANG KEKELIRUAN SILA HUBUNGI SAYA:

RONNIE: 0196160371

FB;RONNIERON

Sabtu, 12 November 2011

PERAYAAN DEEPAVALI

Tarian
SATU PERAYAAN YANG TELAH MENJADI PERAYAAN TERAKHIR DI SEKOLAH IAITU HARI DEEPAVALI ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI PESTA CAHAYA TELAHPUN DISAMBUT PADA 26HB 11 2011. PERAYAAN INI DISAMBUT OLEH PENGANUT HINDU DI MALAYSIA.NAMUN DI SEKOLAH KITA SAMBUTAN INI DIBUAT PADA 4.11.11. PERAYAAN TERAKHIR INI TELAH MELENGKAPKAN SEMUA ACARA PERAYAAN DI SEKOLAH. DUA SESI DIGABUNGKAN MENJADI SATU. WALAUPUN HANYA SEDIKIT PELAJAR YANG HADIR, KEMERIAHAN TETAP DIRASAI. PENGETUA  KITA IAITU ENCIK AHMAD BADRI BIN MARDI TURUT TURUN PADANG. TAK LUPA JUGA EN.MD AFFFINDI BIN HAJI SUKIRAN TURUT SAMA MENYERTAI SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI INI.PELBAGAI PERSEMBAHAN TURUT DIADAKAN DAN BERJAYA MENARIK HATI SEMUA PELAJAR DAN GURU.PERSEMBAHAN FESYEN JUGA TURUT DIADAKAN. TARIAN DARI PELAJAR INDIA TURUT DIPERSEMBAHKAN. YANG PALING MENCUIT HATI ADALAH TARIAN PARA GURU YANG MENGAKHIRI SAMBUTAN INI.ADA YANG MENARI SAMPAI PENING KEPALAOKEY LAH SAMPAI SINI SAJA YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN.
Penyalaan Cahaya
Pertunjukkan Fesyen
Jom menari















Kad yang dibuat oleh Tuan Pengetua sendiri