Jumaat, 23 September 2011

Ogos To September



Pada 1 Ogos 2011 yang lalu, semua umat Islam berpuasa pada 1 9Ramadhan yang mulia ini.Pelbagai perancangan yang telah dibuat bagi menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.Pada bulan Ramadhan, waktu persekolahan tetap berjalan seperti biasa dan hanya perubahan masa sahaja.Berpuasa bukanlah penghalang bagi pelajar atau guru untuk menghadirkan sekolah.Seharusnya,mereka lebih bersemangat dan ceria untuk menimba ilmu.Tahukah anda apabila kita melakukan kebaikan dalam bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripada hari-hari yang biasa.Betapa ruginya rakan-rakan kita yang sengaja ponteng sekolah yang memberi alasan penat kerana berpuasa.Oleh itu,anda mesti rajin ke sekolah dan kumpullah pahala di sekolah seperti sembahyang secara berjemaah.
suasana di baazar ramadhan
   Pada pukul 5.30 petang,waktu yang ditunggu oleh pelajar iaitu waktu tamat persekolahan.Pada waktu inilah,pelajar akan singgah   ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.Di bazaar Ramadhan,pelbagai juadah yang dijual yang mampu merambangkan mata setiap pengunjungnya.Kita juga digalakkan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membazir.Selamat berpuasa dan jangan membazir.Ingat membazir itu amalan syaitan
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan