Isnin, 26 September 2011

Kelas Jagaan Sahaja..

Semalam tr dah beli 53 buah buku utk pengawas2 kelas jagaan. Melalui buku ini, pengawas kena senaraikan nama pelajar lelaki atau perempuan kelas tersebut. Melalui buku ini juga, pengawas kena catat kesalahan2 pelajar2 kelas tersebut dan untuk bahagian catatan ialah kepada siapa pengawas merujuk kesalahan pelajar tersebut.. Kalau dihantar kepada guru disiplin, make sure cikgu disiplin tandatangan, kalau dihantar pada cikgu Affindi, cikgu Norsidah atau cikgu Wan, make sure mereka sign buku tersebut(utk kesalahan berat sahaja spt pelajar bising, kurang ajar, tak dengar cakap,gaduh dsb)

Kalau kesalahan ringan spt tak pakai tie, kuku panjang, stokin pendek, skaf stengah, pakai gelang dsb, pengawas leh la terus pergi bilik disiplin, tulis kesalahan pelajar tersebut didalam buku pink(form 1), buku biru (form 2). Di bahagian catatan, sila tulis REKOD DISIPLIN. Maksudnya pengawas dah pun merekod dalam buku disiplin tersebut. Ok? Faham tak anak2...

Contoh format dalam buku

 Contoh Buku Kelas Jagaan.
Jangan ditulis apa2 kat cover buku ni.

Kalau senarai pelajar terlalu ramai, buatla 2 column

Contoh tulis kesalahan pelajar
Buku ni pengawas kena jaga elok2, manalah tau tahun depan kita guna lagi sistem ni. So, setiap hari Jumaat selepas perhimpunan, sila kumpul dan bagi pada ketua biro disiplin by form: Form 2: Affrina, Form 1: Azizi. Pengawas kelas yang paling aktif (banyak catat kesalahan dan ada banyak tandatangan cikgu2) akan diberikan reward..

Let's promote this cake!

Jom promosikan kek coklat sedap ni kat sekolah.. Harga cuma RM 2.00. Tempahan boleh dibuat melalui Ain Saparuan.. Mak dia yang buat kek ni.. Promotelah kek ni kat fb, blog korang.. Kita pun leh jana ekonomi pengawas sekali sebab 1/4 daripada harga asal leh masuk akaun pengawas..











 Tr ada sorang pengkritik makanan tetap.. Dia cakap kek ni best.. hehe

Sabtu, 24 September 2011

Latest!

Salam semua...

Hari Isnin ini (26/9/2011), Tr nak jumpa semua Pengawas Jagaan Kelas Tingkatan 1 di bilik pengawas, selepas waktu perhimpunan.. Maksudnya, selepas hantar pelajar ke kelas, anda turun semula ke bilik pengawas. Tr nak bagi briefing sket pasal kedudukan korang semasa Rehat Form 1..

Haa nampak tak?
Nama yang tiada di atas ialah Afiq dan Abd Rahman.. Namun semua maklum bahawa 2 org pengawas ini menjaga pagar dan belakang bengkel sepanjang Rehat..

Jumaat, 23 September 2011

Ogos To September



Pada 1 Ogos 2011 yang lalu, semua umat Islam berpuasa pada 1 9Ramadhan yang mulia ini.Pelbagai perancangan yang telah dibuat bagi menyambut bulan yang penuh keberkatan ini.Pada bulan Ramadhan, waktu persekolahan tetap berjalan seperti biasa dan hanya perubahan masa sahaja.Berpuasa bukanlah penghalang bagi pelajar atau guru untuk menghadirkan sekolah.Seharusnya,mereka lebih bersemangat dan ceria untuk menimba ilmu.Tahukah anda apabila kita melakukan kebaikan dalam bulan Ramadhan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripada hari-hari yang biasa.Betapa ruginya rakan-rakan kita yang sengaja ponteng sekolah yang memberi alasan penat kerana berpuasa.Oleh itu,anda mesti rajin ke sekolah dan kumpullah pahala di sekolah seperti sembahyang secara berjemaah.
suasana di baazar ramadhan
   Pada pukul 5.30 petang,waktu yang ditunggu oleh pelajar iaitu waktu tamat persekolahan.Pada waktu inilah,pelajar akan singgah   ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa.Di bazaar Ramadhan,pelbagai juadah yang dijual yang mampu merambangkan mata setiap pengunjungnya.Kita juga digalakkan berbelanja mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membazir.Selamat berpuasa dan jangan membazir.Ingat membazir itu amalan syaitan
.