Jumaat, 5 Ogos 2011

Tugas Pengawas Semasa Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Ok, disini tr nak maklumkan bahawa tugas semua pengawas adalah sama pada waktu sebelum perhimpunan.. Jadi semua pengawas perlu berada di tempat jagaan masing-masing.

Pada waktu rehat, akan ada sekumpulan pengawas pagi yang meronda blok. Pengawas-pengawas Islam akan berada di surau (sembahyang dan mendengar tazkirah) manakala pengawas bukan Islam (non muslim) akan bertugas di kantin, depan bilik pengawas, depan koperasi, tangga dan tapak perhimpunan. Pengawas-pengawas perempuan Islam yang uzur (tidak sembahyang), diminta membantu pengawas pagi menjaga bangunan blok A, B, C serta D. Sila maklumkan pada cikgu disiplin atau En Affendi sekiranya anda ternampak pelajar Islam lelaki atau perempuan yang ponteng solat.

Ok, itu saja kali ni..