Selasa, 3 Januari 2012

Selamat Menjalankan Tugas..

Salam Sejahtera Buat Semua Pengawas SMKPP...

Pada hari ini, 4.1.2012.. Tr ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas sebagai pengawas SMKPP.. Bekerja dengan ikhlas, pikul tanggungjawab dengan jujur.. Jangan sesekali buat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.. 

Minggu pertama persekolahan adalah minggu yang paling sibuk kerana minggu ini adik2 kamu di Tingkatan 1 baru je nak menyesuaikan diri dengan peraturan sekolah.. Di sinilah pengawas2 kena memainkan peranan. Tolong guru dan tolong adik-adik.. Mana yang salah, kita tegur dahulu.. Kalau ada guru yang mahu meminta tolong, sila tolong ye. Jangan busukkan nama baik pengawas. Tetapi kena mention pada guru pengawas juga tau. Nanti guru pengawas kamu tak tahu kemana kamu pergi.
Bagi pengawas yang dah ada tugas masing2, jalankan kerja dan tanggungjawab dengan amanah.. Ingat ye, kamu tidak boleh berhenti sesuka hati. Kalau dilantik di atas pentas, nak berhenti, dibuang pengawas pun di atas pentas juga..

Tahun ini juga Tr harap no more discipline problems among prefects. Please! Tr tidak mahu melihat ada pengawas yang ber'COUPLE'. Sekiranya ada, guru2 pengawas akan segera mengambil tindakan. Kemudian, kekemasan diri perlu dijaga. Kasut serba hitam, jangan ada list merah di tepi kasut. Tudung kena lipat.. Baju kemeja jangan disinsing.. Jangan ada pengawas yang memakai kasut putih.. Rambut dan kuku kena sentiasa pendek. Jangan bawa HANDPHONE atau pegangkan HP kawan semasa spotcheck. Sekiranya ada pengawas yang coverline kawan2 dia, guru2 pengawas akan mengambil tindakan yang paling tegas pada dia. Begitu juga dengan ROKOK. Walaupun di sekolah korang tidak merokok, di luar korang juga akan diperhatikan.. Banyak mato-mato(SPY) di sekeliling sekolah ni. Ingat ye, jika korang kantoi merokok, automatiknya korang tidak lagi menjadi pengawas. Naik pentaslah gamaknya. Walaupun tr bukan lagi guru pengawas, tr masih lagi guru disiplin SMKPP, tr akan pantau keadaan disiplin korang.. Kalau pelajar2 lain 'kena'(ada masalah disiplin), tak mustahil pengawas pun boleh kena.

Sekian, wassalam.

1 ulasan:

  1. betul itu cakap tr linda ... walaupun di dalam skolah kamu semua tak MEROKOK ... kat LUAR MEROKOK .. ada mata mata yang akan memerhati kan anda ...

    BalasPadam