Jumaat, 30 Disember 2011

Sekitar Mesyuarat Agong Pengawas SMKPP kali pertama

Pada 30hb Disember 2011, telah diadakan satu mesyuarat khas Badan Pengawas di Bilik Perdana SMK Puchong Perdana. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Cik Laili, Ketua Pengawas SMKPP. Antara guru-guru yang hadir ialah Pn Saayah, Pn Salmiah, Pn Roslinda, Pn Haszah, Pn Hidayah, Pn Nor Asyikin, Pn Nor Zainah. Agenda yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut ialah mengenai tugas-tugas pengawas serta hukuman bagi setiap kesalahan pengawas. 










Selepas Solat Jumaat, pengawas-pengawas diminta berkumpul semula kerana ada sedikit jamuan (pot-luck). Sedap-sedap belaka makanan yang dibawa oleh pengawas-pengawas ini. Kemudian acara diteruskan dengan  permainan yang dikelolakan oleh pelajar Tingkatan 5.






















Ahad, 11 Disember 2011

Pengumuman Khas

MEETING & HI-TEA PENGAWAS

I. Kepada semua Pengawas Sesi Petang 2012 satu meeting akan diadakan di sekolah. Oleh itu, Para Pengawas  diwajibkan hadir pada meeeting ini.
II. Maklumat adalah seperti berikut:

 Tarikh: 30/12/2011
 Masa; 8:00 a.m.
 Tempat: di Bilik Mesyuarat (BLOK A tingkat 1)

III. Selepas mesyuarat pengawas selesai satu acara pada petang iaitu HI-TEA pengawas.
IV. Semua pengawas haruslah membawa hadiah kerana ada sesi pertukaran hadiah.

MAKLUMAT PENTING
  • Para pengawas hendaklah membawa baju sukan beserta seluar sukan.(kpd pengawas lelaki yang beragama Islam anda boleh membawa atau memakai terus baju dan seluar sukan dari rumah selepas SOLAT JUMAAT.)
  • Selepas SOLAT JUMAAT pelajar lelaki haruslah kembali ke sekolah semula kerana terdapat satu acara.
  • Para pengawas diminta membawa makanan atau minuman mengikut kemampuan masing-masing. (pastikan HALAL dan BOLEH DI MAKAN oleh semua.
  • Hanya dibenarkan memakai baju sukan bewarna putih atau baju sukan (tidak mahu sebarang corak pada baju)
  • Pada pagi Pengawas akan memakai baju PENGAWAS manakala petang pula BAJU & SELUAR SUKAN.
  • Haruslah memakai baju & seluar sukan kerana ada PERMAINAN  yang telah dirancang.
  • Jgn lupa bawa HADIAH!!
JIKA ADA SEBARANG KEKELIRUAN SILA HUBUNGI SAYA:

RONNIE: 0196160371

FB;RONNIERON